Tuesday 20 November 2012

Siapakah mereka?


Tapi siapakan mereka?
Are they just like us? Or more special?
Tidak semua di antara kita yang mengenali dan mengetahui siapakah kanak – kanak istimewa ini. So, i will introduce them to all of us... dengan lebih formal.
Mereka lebih dikenali sebagai kanak – kanak terencat akal dan kanak – kanak cacat tetapi dengan kata  yang lebih baik mereka dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya. Ini semua adalah gelaran yang diberikan oleh masyarakat kepada mereka tanpa melihat kepada ‘keistimewaan ‘yang ada pada diri mereka.
Secara umumnya mereka telah dibahagikan kepada tiga bahagian dengan mengikut jenis – jenis ketidakupayaan yang di alami oleh mereka, iaitu :
·        



      Masalah penglihatan

Mereka akan digelar sebagai rabun / penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) apabila....

  •       Penglihatan mereka kurang daripada  6/10, tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60, bagi mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

Manakala....
              Mereka akan digelar sebagai buta (blind) sekiranya....
  •       Penglihatan mereka kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunkan alat bantu penglihatan (cermin mata)






·         Masalah pendengaran

Klasifikasi kehilangan pendengaran
 
Darjah kehilangan (desibel /dB)
Kategori kehilangan pendengaran
Penerangan
20 dB ke bawah
Biasa (normal)
Darjah kehilangan pendengaran masih normal dan boleh mendengar semua bunyi.
(Kategorikan sebagai biasa.)
21 – 45 dB
Ringan
Kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan atau terlalu jauh.
(Kategorikan ringan /biasa)
46 – 70 dB
Sederhana
Boleh mendengar bunyi dalam lingkungan 1 hingga 1.5 meter. Perlu berhubung dengan suara yang kuat. (Kategori biasa)
71 – 90 dB
Teruk (severe)
Hanya boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja.
(kategori sebagai masalah pendengaran)
91 dB ke atas
Sangat teruk (profound)
Terlalu sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.
(kategori sebagai masalah pendengaran)

Ruj :  Pendidikan Kanak – kanak berkeperluan Khas ; Konsep dan Amalan / Zalizan Mohd Jelas (2012).










Dan




·        Masalah pembelajaran

Kanak – kanak pendidikan khas di definisikan sebagai kanak – kanak yang berbeza daripada kanak – kanak biasa dari segi :
  •       Kognitif (IQ)
  •       Keupayaan sensori (Pergerakan)
  •       Keupayaan Komunikasi (Pertuturan)
  •       Tingkah laku sosial (pergaulan)
  •       Ciri – ciri fizikal (anggota badan)
  •       Emosi (perasaan)

Ruj : Pendidikan Khas untuk Kanak – Kanak Istimewa / Jamalia K. A Mohamed (2005)







Kenalilah mereka dengan lebih dekat, kerana mereka lebih ‘sempurna’ daripada kita.

4 comments:

  1. best nyerr hajar...sy nk tau cam mane awk handle mereka kat pdk dengan berlainan keupayaan?

    ReplyDelete
  2. Assalammu'alaikum boleh awak terangkan apa itu pekak konduktif dan pekak sensorineural?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. agak ssh jgk akmar. sbb dorg ni mcm2 ragam. so kne byk bsbar. huhu.

    ReplyDelete