Thursday, 22 November 2012

Sehari bersama mereka, week 1..



Sehari bersama mereka....week 1...

Rabu,31 Oktober 2012

As a volunteer at a one of Pusat Pemulihan dalam Komuniti in Selangor, I have gained so many things about special kids. Kami telah mendapat peluang untuk melakukan aktiviti bersama – sama dengan mereka dan berpeluang untuk mendekati mereka.
First day with them.... =D

Aktiviti kolaj bersama kanak – kanak EIP (Early Intervention Program) dan kanak – kanak CP (Cerebral Palsy)...







Terdapat pelbagai karenah yang terpaksa kami layani semasa melakukan aktiviti tersebut bersama mereka. Penat juga la... pffuuuh! =)..
Ada yang merajuk, bosan, hyperactive... setiap daripada mereka perlu dipujuk untuk menyiap satu gambar tersebut... berpeluh – peluh rasa... huhuhu




Hasil kerja mereka



Bagi kanak – kanak CP, kami akan mengoyakkan kertas – kertas warna tersebut terlebih dahulu, untuk memudahkan mereka menampal cebisan kertas tersebut pada gambar yang disediakan.







Ini sedikit sebanyak maklumat mengenai Cerebral Pasly..







 ....contoh kanak - kanak yang mengalami Cerebral Palsy...


 



Aktiviti menari bersama mereka...


Disebabkan pelajar – pelajar tersebut cepat merasa bosan terhadap sesuatu aktiviti... kami telah selitkan satu aktiviti menari bersama – sama mereka, temasuklah dengan remaja.
Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar tersebut disebabkan muzik yang dimainkan oleh kami...
Sekurang – kurangnya aktiviti ini dapat mengurangkan rasa bosan mereka..





Aktiviti kitar semula bersama – sama remaja

Bagi aktiviti untuk remaja kami telah memilih untuk memperkenalkan tentang aktiviti kitar semula. Kerana kitar semula merupakan satu perkara yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian mereka. Dengan secara tidak langsung mereka juga turut belajar mengenali warna dan bahan – bahan lain seperti kotak, kertas dan tin.





Beg ini digunakan sebagai tong sampah kitar semula.  













 

 Kami perlu melakukan perkara tersebut berulang kali supaya mereka dapat memahami dengan baik dan tidak keliru.



BE WITH THEM AND LOVE THEM...

No comments:

Post a Comment