Friday, 23 November 2012

Sehari bersama mereka.. weeks 2..



Sehari bersama mereka.... weeks 2...

Rabu,7 November 2012

Kami masih lagi diberi peluang untuk bersama – sama dengan pelajar – pelajar istimewa ini. Tapi .....
Baru minggu kedua bersama dengan mereka, kami dah kekeringan idea untuk merancang aktiviti bersama mereka... kami telah merancang untuk membuat aktiviti yang berkaitan dengan warna, iaitu mengenali warna....

Setelah berkampung bersama –sama dengan ahli kumpulan yang lain kami telah pun merancang untuk menggunakan bola berwarna dan video mengenai warna untuk aktiviti pada hari tersebut.
Selain itu kami juga telah membuat satu alat bantu mengajar mengenai warna iaitu Roda Berwarna.
Kami telah memuatkan 10 warna asas ke dalam roda berwarna tersebut iaitu warna merah, biru, kuning, purple, hitam ,putih, jingga,coklat, hijau dan merah jambu. 
















Aktiviti menari bersama mereka..

Aktiviti menari telah menjadi aktiviti wajib yang perlu dilakukan. Aktiviti ini perlu bagi memberi kebebasan kepada pelajar untuk bergembira dan bergerak.


Aktiviti melipat kain...

Aktiviti ini dilakukan bersama – sama dengan pelajar remaja. Aktiviti ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada bagaimanakah untuk melipat kain dengan cara yang betul.
Aktiviti untuk remaja biasanya ialah aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Bermacam jenis cara melipat kain yang mereka lakukan... dengan penuh tekun.. =)
They make me smile... =D







Selesai melipat kain, kami teruskan dengan aktiviti mengikat tali kasut...
Pelajar – pelajar ini mempunyai kesukaran untuk memahami dan mengingati dengan baik..
Kami perlu mengajar mereka dengan menggunkan cara yang paling mudah untuk mereka fahami.
Mereka juga perlu di pantau ....
Macam – macam ragam yang kami lihat... =D




















Everything that happens in life is knowledge...


Thursday, 22 November 2012

Sehari bersama mereka, week 1..



Sehari bersama mereka....week 1...

Rabu,31 Oktober 2012

As a volunteer at a one of Pusat Pemulihan dalam Komuniti in Selangor, I have gained so many things about special kids. Kami telah mendapat peluang untuk melakukan aktiviti bersama – sama dengan mereka dan berpeluang untuk mendekati mereka.
First day with them.... =D

Aktiviti kolaj bersama kanak – kanak EIP (Early Intervention Program) dan kanak – kanak CP (Cerebral Palsy)...







Terdapat pelbagai karenah yang terpaksa kami layani semasa melakukan aktiviti tersebut bersama mereka. Penat juga la... pffuuuh! =)..
Ada yang merajuk, bosan, hyperactive... setiap daripada mereka perlu dipujuk untuk menyiap satu gambar tersebut... berpeluh – peluh rasa... huhuhu




Hasil kerja mereka



Bagi kanak – kanak CP, kami akan mengoyakkan kertas – kertas warna tersebut terlebih dahulu, untuk memudahkan mereka menampal cebisan kertas tersebut pada gambar yang disediakan.







Ini sedikit sebanyak maklumat mengenai Cerebral Pasly..







 ....contoh kanak - kanak yang mengalami Cerebral Palsy...


 



Aktiviti menari bersama mereka...


Disebabkan pelajar – pelajar tersebut cepat merasa bosan terhadap sesuatu aktiviti... kami telah selitkan satu aktiviti menari bersama – sama mereka, temasuklah dengan remaja.
Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar tersebut disebabkan muzik yang dimainkan oleh kami...
Sekurang – kurangnya aktiviti ini dapat mengurangkan rasa bosan mereka..





Aktiviti kitar semula bersama – sama remaja

Bagi aktiviti untuk remaja kami telah memilih untuk memperkenalkan tentang aktiviti kitar semula. Kerana kitar semula merupakan satu perkara yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian mereka. Dengan secara tidak langsung mereka juga turut belajar mengenali warna dan bahan – bahan lain seperti kotak, kertas dan tin.





Beg ini digunakan sebagai tong sampah kitar semula.  













 

 Kami perlu melakukan perkara tersebut berulang kali supaya mereka dapat memahami dengan baik dan tidak keliru.



BE WITH THEM AND LOVE THEM...

Tuesday, 20 November 2012

Siapakah mereka?


Tapi siapakan mereka?
Are they just like us? Or more special?
Tidak semua di antara kita yang mengenali dan mengetahui siapakah kanak – kanak istimewa ini. So, i will introduce them to all of us... dengan lebih formal.
Mereka lebih dikenali sebagai kanak – kanak terencat akal dan kanak – kanak cacat tetapi dengan kata  yang lebih baik mereka dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya. Ini semua adalah gelaran yang diberikan oleh masyarakat kepada mereka tanpa melihat kepada ‘keistimewaan ‘yang ada pada diri mereka.
Secara umumnya mereka telah dibahagikan kepada tiga bahagian dengan mengikut jenis – jenis ketidakupayaan yang di alami oleh mereka, iaitu :
·        



      Masalah penglihatan

Mereka akan digelar sebagai rabun / penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) apabila....

  •       Penglihatan mereka kurang daripada  6/10, tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60, bagi mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

Manakala....
              Mereka akan digelar sebagai buta (blind) sekiranya....
  •       Penglihatan mereka kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunkan alat bantu penglihatan (cermin mata)






·         Masalah pendengaran

Klasifikasi kehilangan pendengaran
 
Darjah kehilangan (desibel /dB)
Kategori kehilangan pendengaran
Penerangan
20 dB ke bawah
Biasa (normal)
Darjah kehilangan pendengaran masih normal dan boleh mendengar semua bunyi.
(Kategorikan sebagai biasa.)
21 – 45 dB
Ringan
Kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan atau terlalu jauh.
(Kategorikan ringan /biasa)
46 – 70 dB
Sederhana
Boleh mendengar bunyi dalam lingkungan 1 hingga 1.5 meter. Perlu berhubung dengan suara yang kuat. (Kategori biasa)
71 – 90 dB
Teruk (severe)
Hanya boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja.
(kategori sebagai masalah pendengaran)
91 dB ke atas
Sangat teruk (profound)
Terlalu sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.
(kategori sebagai masalah pendengaran)

Ruj :  Pendidikan Kanak – kanak berkeperluan Khas ; Konsep dan Amalan / Zalizan Mohd Jelas (2012).










Dan




·        Masalah pembelajaran

Kanak – kanak pendidikan khas di definisikan sebagai kanak – kanak yang berbeza daripada kanak – kanak biasa dari segi :
  •       Kognitif (IQ)
  •       Keupayaan sensori (Pergerakan)
  •       Keupayaan Komunikasi (Pertuturan)
  •       Tingkah laku sosial (pergaulan)
  •       Ciri – ciri fizikal (anggota badan)
  •       Emosi (perasaan)

Ruj : Pendidikan Khas untuk Kanak – Kanak Istimewa / Jamalia K. A Mohamed (2005)







Kenalilah mereka dengan lebih dekat, kerana mereka lebih ‘sempurna’ daripada kita.